Tarif air Pulau Pinang kekal
Iklan
Jaseni Maidinsa
GEORGETOWN- Tarif air di Pulau Pinang akan kekal susulan tiada semakan tarif air baharu yang akan dilaksanakan bagi tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, tarif air akan kekal sama seperti tahun lalu kerana tiada penukaran dasar pengebilan untuk perkhidmatan bekalan air bagi tahun ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, oleh demikian, tiada sebarang caj tambahan bagi tahun ini berbanding tahun 2019.
"Tiada semakan tarif air baharu di Pulau Pinang pada tahun 2020, oleh itu tarif air kekal sama seperti tahun lalu.
Iklan
"PBAPP tidak menukar dasar pengebilan untuk perkhidmatan bekalan air pada tahun ini. Oleh itu tiada sebarang caj tambahan berbanding tahun 2019," katanya dalam satu kenyataannya.
Tambahnya, pihaknya turut berharap semua pengguna air Pulau Pinang memahami bahawa protokol, prosedur dan operasi pengebilan air biasa PBAPP terganggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
"Terdapat bil air yang nampak tidak normal untuk tempoh 23 Mac hingga 1 Jun lalu kerana tempoh itu adalah tempoh yang amat luar biasa dalam sejarah Pulau Pinang dan dunia.
"Bukan dasar dan tidak pernah menjadi dasar kami untuk terlebih mengebil pengguna air di Pulau Pinang untuk perkhidmatan bekalan air berterusan 24 jam seminggu sepanjang tempoh PKP.
"Namun, bilangan isi rumah di Pulau Pinang mungkin menggunakan lebih banyak air sepanjang tempoh PKP kerana semua orang berusaha untuk duduk di rumah untuk kekal selamat dari pandemik global Covid-19," katanya.
Sementara itu, Jaseni berkata, pengguna air yang memohon penjelasan mengenai bil air ketika tempoh PKP boleh ke Pusat Khidmat Pelanggan PBAPP untuk semakan.
"Kita faham mungkin ada beberapa salah faham mengenai bil penggunaan air ketika PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) dari 18 Mac hingga 9 Jun kerana beberapa faktor antaranya operasi bacaan meter PBAPP dihentikan sementara, PBAPP mengeluarkan bil anggaran pada tempoh berkenaan dan bil anggaran kemudian dipotong apabila operasi bacaan meter sebenar disambung semula dari 1 Jun lalu.
"Ada juga bil yang mungkin nampak lebih tinggi kerana bil itu dikeluarkan untuk penggunaan air terkumpul untuk tempoh yang lebih lama, bukan hanya sebulan. Kitaran bil untuk premis domestik adalah setiap dua bulan (atau dua bulan sekali)," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam