Jentera AMK siap sedia hadapi PRN Sabah

Iklan
Keterangan gambar - Kenyataan AMK hari ini.

SHAH ALAM - Majlis Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini menegaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk menggerakkan jentera bagi membantu Pakatan Harapan dalam menghadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

AMK dalam kenyataannya berkata, mesyuarat bulanan semalam berakhir dengan beberapa perkara telah dibincangkan dan menjadi fokus utama AMK untuk mendepani cabaran mendatang khususnya menjelang PRN Sabah.

Iklan
Iklan

"Antaranya AMK menyokong penuh pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengguna pakai logo Keadilan (PKR) pada PRN Sabah akan datang. AMK juga mencadangkan agar calon-calon muda daripada AMK diketengahkan pada PRN itu.

"Kepentingan untuk meletakkan calon-calon muda adalah bukti pembudayaan politik baharu masa hadapan. Selain itu, AMK juga berpendirian agar prinsip pembahagian kerusi adalah berdasarkan kesaksamaan dan keadilan.

Iklan

"Justeru itu, Angkatan Muda Keadilan berikrar akan terus mempertahankan prinsip Keadilan dan berjuang demi mengembalikan mandat rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah.

Iklan

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Beliau berkata, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11:59 malam 25 September ini.

Azmi juga berkata, sebanyak 64 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan manakala 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 tempat mengundi (saluran) dan 56 pusat mengundi awal membabitkan ramai 30,540 petugas yang akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.