PDF Lynas: Tiada kawasan tadahan air di Bukit Ketam

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Tiada sebarang kawasan tanah air dan anak sungai dikesan di Bukit Ketam yang dicadangkan untuk dijadikan lokasi pembangunan Tapak Pelupusan Kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemeriksaan telah dilakukan di kawasan itu oleh beberapa Exco Kerajaan Pahang tidak menemui kawasan tadahan air dan anak sungai.

Iklan
Iklan

"Setiap keluh kesah rakyat kita ambil berat. Jadi saya bersama beberapa Exco sudah dua kali membuat lawatan di tapak pembangunan PDF bagi Lynas tetapi kita tidak menemui sebarang anak sungai dan tadahan air di situ seperti yang didakwa," katanya ketika menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan daripada Lee Chean Chung yang mahu penjelasan Kerajaan Pahang berhubung lokasi PDF Lynas yang didakwa berdekatan dengan tadahan air di Sungai Riau pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Wan Rosdy berkata, keputusan memilih Bukit Ketam sebagai tapak juga diputuskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Iklan

Justeru, beliau percaya segala keputusan yang dibuat oleh agensi berkaitan berdasarkan kajian dan penyelidikan mereka.

"Kedua agensi ini (AELB dan Mosti) mempunyai kepakaran mereka tersendiri," katanya.

Iklan