HANOI - Hanoi merancang untuk menyediakan Wi-Fi percuma di semua lokasi pelancongan di empat daerah dan satu bandar, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Sistem Wi-Fi awam percuma itu akan dipasang oleh Vietnam Posts and Telecommunication (VNPT) di kawasan pelancongan di daerah bandar Hoan Kiem, Ba Dinh dan Tay Ho, daerah terpencil di Ha Dong serta bandar Son Tay.
Iklan
Iklan
Jabatan Maklumat dan Telekomunikasi Hanoi meminta Jabatan Pelancongan, Jabatan Kebudayaan dan Sukan serta Jawatankuasa Rakyat tempatan bekerjasama dengan VNPT untuk memastikan pemasangan itu berjalan lancar.
Pada 2017, Hanoi menawarkan akses Wi-Fi percuma di sekitar destinasi popular seperti Tasik Hoan Kiem, kota bersejarah Thang Long, Pagoda Huong dan perkampungan kraf seramik Bat Trang. - Bernama
Artikel Berkaitan