Lima lelaki ditahan kes pasang bendera terbalik

Iklan
Bendera yang dipasang dalam keadaan terbalik pada sebuah lori sampah yang tular semalam.

RAWANG - Polis menahan seorang pemandu lori dan empat lelaki warga Bangladesh bagi meneruskan siasatan berhubung isu bendera terbalik yang dipasang pada sebuah lori sampah dalam kejadian di Bandar Country Homes, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 30 hingga 43 tahun itu ditahan jam 7.30 malam semalam dan akan direman bermula hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang lelaki selepas melihat keadaan bendera terbalik di lori sampah itu ketika melalui hadapan masjid Bandar Country Homes sekitar jam 9.40 pagi.

"Pengadu telah memberhentikan lori tersebut dan menegur pemandunya. Pengadu juga merakam insiden tersebut dan menularkannya dalam media sosial," katanya.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Iklan