Harga runcit baharu diumum selewat-lewatnya Oktober ini

Iklan
Kerajaan sebelum ini memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan perancangan menurunkan harga pelitup muka tiga lapisan berbanding harga runcit semasa iaitu RM1 bagi setiap keping.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, perkara tersebut dalam proses kajian di peringkat kementerian dan melibatkan perbincangan bersama pemain industri dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengkaji untuk menurunkan harga lebih rendah di masa hadapan berbanding harga semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga pelitup muka turun lagi

Iklan

Harga pelitup muka akan turun lebih rendah

"Kita akan melihat satu tahap had harga yang baharu yang akan kita laksana dalam sebulan dua nanti. Selepas kajian kita akan umum dalam hujung September atau Oktober untuk diturunkan lagi di bawah paras harga RM1.

Iklan

"Kita juga harap pihak pemain industri mengambil maklum tentang perkara ini dan jangan kata kita tidak bagi notis,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta kementerian menyatakan adakah harga siling pelitup muka tiga lapis pada RM1 yang berkuat kuasa pada ketika ini akan diturunkan lagi.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, bekalan pelitup muka yang dikeluarkan pengilang dalam negara mencukupi dengan pengeluaran sebanyak 1.5 juta keping dalam tempoh satu hari.

"Sekarang kilang telah bertambah berbanding dulu dengan kita mempunyai enam kilang dan sekarang bertambah kepada 10. Pada Oktober ini empat lagi operasi kilang topeng baharu akan ditambah, sehingga kini sebanyak 1.5 juta pelitup muka dikeluarkan sehari melibatkan 10 kilang yang sedia ada,” katanya.

Menjawab pertanyaan adakah pelitup muka bagi kanak-kanak boleh dikurangkan harga kerana saiznya lebih kecil berbanding dewasa, beliau berkata, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana proses pengeluarannya mengikut proses yang ada sama dengan saiz dewasa.

"Pengusaha pelitup muka menyatakan bahawa kosnya sama dengan pelitup muka dewasa," katanya.