BUENOS AIRES - Kerajaan Venezuela sedang berunding dengan pihak Rusia mengenai penyertaannya dalam pengujian dan pengeluaran vaksin Sputnik V koronavirus (Covid-19), kata Menteri Kesihatan Venezuela Carlos Alvarado pada Jumaat.
"Kami telah menawarkan 500 sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam percubaan ujian vaksin," kata menteri itu dalam persidangan video dengan Presiden Nicolas Maduro, yang disiarkan di Periscope.
Iklan
Iklan
Alvarado berkata, Venezuela dan Rusia juga membincangkan kemungkinan membuat pengeluaran bersama vaksin Sputnik V, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19 pertama didaftarkan, diberi nama Sputnik V
Wakil Eksekutif Naib Presiden Venezuela Delcy Rodriguez menyatakan Caracas juga bersedia untuk terlibat dalam pengujian vaksin China dan Cuba terhadap penyakit ini.
"Venezuela bersedia untuk mengikuti percubaan (vaksin Cuba) dengan segera," kata Maduro.
Sebagai tambahan, Rodriguez mengumumkan Venezuela telah mulai menggunakan plasma darah daripada individu yang telah mengalami jangkitan virus itu untuk rawatan Covid-19. - Bernama