'Azmin lupa tender sudah dibentang kepada Kabinet'

Iklan
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mendakwa Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin terlupa bahawa tender terbuka yang diluluskan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibentangkan kepada Kabinet.

Beliau berkata, Mohamed Azmin sekarang juga bercakap tidak sama seperti dahulu.

Iklan
Iklan

"Dia sudah lupa daratan. Dahulu dia buat macam itu, sekarang dia buat lain. Mustahil dia lupa apa yang dibentangkan di Kabinet.

"Dia sekarang sudah jadi pakar kelentong," katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Iklan

Mohamed Azmin semalam mendakwa bahawa Guan Eng tidak pernah membentangkan senarai projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion kepada Kabinet.

Ia selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa PH selama 22 bulan telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai 6.61 bilion secara rundingan terus pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)).

Iklan

Jelas Tengku Zafrul, bagaimanapun perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Antaranya, merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.