Wira Putra kecewa sekolah vernakular dikekalkan

Iklan
Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

KUALA LUMPUR - Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kecewa dengan keputusan Kementerian Perpaduan Negara yang mengekalkan sekolah vernakular.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, keputusan tersebut dilihat atas kepentingan politik dan bukan perpaduan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Putra tidak menafikan penerapan nilai Rukun Negara bermula dari peringkat asas namun akan lebih berkesan jika struktur pendidikan disatukan di bawah satu bumbung.

"Ini bukan soal pelajarnya sahaja tetapi melibatkan guru dan pentadbir sekolah yang boleh menyebar pelbagai bentuk dakyah dalam tempoh lima ke enam jam sehari bersama pelajar.

Iklan

"Perkara itu dapat dibendung sekiranya sistem pendidikan diletakkan di bawah satu penyelarasan yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan dilihat gagal melihat isu perpaduan secara menyeluruh dan perlu diatasi bagi menjamin keharmonian jangka masa panjang.

Iklan

"Berpegang pada dasar 'Jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya', keputusan hari ini mungkin akan mendapat tentangan namun kemanisannya pasti akan dikecapi jika terus istiqamah dengan keputusan yang diambil.

"Pemimpin kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini pernah berhasrat mewujudkan sekolah vernakular namun ternyata ia sekadar retorik demi mendapatkan kuasa.

"Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air namun masih lagi berkompromi demi kepentingan politik jangka pendek masing-masing tanpa memikirkan kepentingan generasi akan datang," katanya.