NEW YORK - Protes berterusan melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) dengan demonstrasi mega antirasisme diadakan di bandar di Portland dan Kenosha sebagai membantah kekejaman polis ke atas lelaki kulit hitam.
Pihak berkuasa turut melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan terbabit yang menuntut keadilan ke atas Jacob Blake, 29, yang cedera parah akibat ditembak sebanyak tujuh kali tanpa belas kasihan di hadapan tiga anaknya ketika insiden di Kenosha pada Ahad lalu.
Iklan
Iklan
Tunjuk perasaan yang semakin tidak terkawal menyebabkan Pengawal Negara telah dikerahkan ke Kenosha untuk mengawasi protes yang masuk hari kedua tersebut malah perintah berkurung turut dikuatkuasakan.
Gabenor Wisconsin, Tony Evers dalam satu kenyataan mengecam tindakan kekerasan yang dilakukan polis terhadap Blake dan menggesa sesi perundangan khas untuk mempertimbangkan perubahan dalam pasukan polis.
Semalam, Datuk Bandar Kenosha juga berdepan desakan peserta protes yang menuntut penahanan anggota polis terlibat dalam kejadian tembakan itu. - Agensi