Haqiem Rusli kaji diri sendiri

Iklan
Penyanyi, Haqiem Rusli

PENYANYI, Haqiem Rusli, berkongsi tip tentang bagaimana untuk menyanyi dengan bagus ketika secara langsung.

Menurut penyanyi Jatuh Bangun itu dia sendiri pernah melalui pengalaman teruk apabila kurang tidur.

Iklan
Iklan

"Saya pernah kaji diri sendiri apabila tak cukup tidur... esoknya menyanyi teruk. Jadi, bila cukup tidur dan rehat, senang untuk buat persembahan dan menyanyi," katanya ringkas.

Dalam perkembangan kerjaya, Haqiem bakal mengeluarkan dua lagu terbaharu berentak Electronic Dance Music, EDM dan balada.

Iklan

"Tahun ini akan ada dua lagu berbeza genre, satu EDM dan balada pula bukan kisah cinta, nantikan," ujarnya.

Haqiem yang sebelum ini menang besar di ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018), berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi apabila berjaya menggondol tiga kategori, Lagu Paling Viral, Penyanyi Kolaborasi Terbaik dan Temubual Terbaik Carta ERA.

Iklan