Milo lancar Milo Activ Go Plus Fibre

Iklan
Juan (dua dari kiri) bersama Su Yen (kiri) Soi Ping (dua dari kanan) dan Raja Nurmaria Murni menunjukkan Milo Activ Go Plus Fibre pada majlis pelancaran produk berkenaan di Kuala Lumpur kelmarin.

NESTLE Malaysia Berhad (Nestle) melancarkan MILO Activ-Go Plus Fibre baharu, sekali gus mengembangkan rangkaian produknya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, beliau menjangkakan produk baharu itu akan dieskport seperti rangkaian produk milo yang lain.

Iklan
Iklan

"Kami berkeyakinan produk ini dieksport berikutan Nestle mempunyai kilang pengeluaran milo terbesar di negara ini yang terletak di Chembong, Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Milo Activ-Go Plus Fibre di Kuala Lumpur kelmarin.

Iklan

Hadir sama, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Milo, Ng Su Yen; Pengarah Eksekutif Jualan Nestle, Chew Soi Ping dan Pengurus Pemasaran Pelanggan Milo, Raja Nurmaria Murni Raja Nur Azmi.

Juan berkata, Malaysia adalah pasaran utama bagi Nestle di seluruh dunia dan pembuatan utama di rantau ini.

Iklan

"Kami kekal komited terhadap matlamat jenama kami untuk memacu inovasi produk dengan menawarkan pilihan berkhasiat yang menepati pelbagai keperluan dan cita rasa pengguna,” katanya.

Mengulas lanjut tentang produk, beliau berkata, pelancaran MILO Activ-Go Plus Fiber melambangkan satu lagi pencapaian yang amat bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-70 milo di Malaysia.

Menurutnya, produk baharu itu menawarkan lebih kebaikan, khasiat dan tenaga yang bukan sahaja menjadi pelengkap sarapan pagi Malaysia malahan memupuk juara dari generasi ke generasi.

"Ia mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO Activ-Go yang biasa. Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan pencernaan.

"MILO Activ-Go Plus Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu menangani masalah ini. Satu hidangan 30 gram MILO Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12 peratus pengambilan serat makanan harian yang disyorkan,” katanya.

Katanya, seperti serbuk MILO Activ-Go yang biasa, varian baharu itu mengekalkan kebaikan milo yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa milo yang digemari ramai.