Kibar Jalur Gemilang

Iklan
Briged Budaya Majlis Perbandaran Kuantan mengibarkan Jalur Gemilang dengan berlatarbelakang bandar Kuantan dan memakai pakaian tradisional kaum di Malaysia ketika latihan sambutan Hari Kebangsaan ke-63, hari ini. Rakyat Malaysia digalakkan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan dan menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. - Foto Bernama