PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) komited memberikan baucar dan bahan bakar tunai melalui pelancaran Kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza.
Petronas menjelaskan, kempen yang dijangka memberi manfaat kepada 992 individu itu sejajar dengan usaha Petronas untuk memberi penghargaan kepada pelanggan setia mereka.
Menurutnya, Petronas Setel-Mesra Bonanza yang bermula dari 15 Ogos hingga 15 Oktober ini turut menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pelanggan setia jenama minyak berkenaan.
"Setiap minggu, seramai 10 pemenang hadiah pertama akan dipilih bagi memenangi wang tunai tunai RM3,000 manakala 100 pemenang hadiah kedua pula akan membawa pulang baucar Setel RM50 yang boleh ditebus untuk mendapatkan bahan bakar.
"Kempen turut menawarkan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada dua pemenang bertuah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Katanya, pelanggan yang berminat boleh menyertai kempen dengan hanya membelanjakan minimum RM30 untuk bahan bakar atau barang Kedai Mesra di mana-mana cawangan Petronas dengan mengessekkan Kad Mesra sebagai tanda penyertaan.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berkata, Kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza yang diperkenalkan sejak 2018 telah dijenamakan semula dan diperluaskan tagi rangkaian hadiah ditawarkan dengan memasukkan sekali baucar Setel.
"Kami berharap kempen ini dapat memberi penghargaan kepada pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan kami.
"Kami juga bersyukur kerana mereka terus berada di sampaing kami dalam waktu serba mencabar seperti sekarang,” katanya.