Rumah hijau terbesar seluas hampir tiga padang bola sepak

Iklan
Rumah hijau yang terbesar dunia terletak di atas bumbung sebuah gudang di Montreal, Kanada. - Foto Ladang Lufa

MONTREAL - Sebuah rumah hijau di atas bumbung sebuah gudang di Montreal, Kanada yang turut menjadi kebun pokok terung dan buah tomato bagi memenuhi permintaan bekalan makanan tempatan mencipta rekod sebagai kawasan tanaman yang terbesar di dunia.

Ia bukan pilihan tepat bagi menanam sayur-sayuran organik di tengah bandar raya kedua terbesar Kanada itu tetapi Ladang Lufa itu adalah kemudahan yang melibatkan kawasan seluas 15,000 meter persegi atau bersamaan dengan hampir tiga buah padang bola sepak.

Iklan
Iklan

"Misi syarikat adalah untuk menanam tanaman makanan di kawasan yang menjadi tempat tinggal penduduk," kata jurucakap ladang tersebut, Thibault Sorret kepada AFP sambil menunjukkan tuaian pertama tanaman terung.

Rumah hijau berkenaan adalah keempat dibina di atas bangunan di bandar raya tersebut selepas yang pertama di Montreal dibina pada tahun 2011 dengan kos lebih AS$1.5 juta (RM6.25 juta).

Iklan

Sejak itu, pesaing-pesaing mula mengikut idea berani termasuk American Gotham Greens yang membina lapan buah rumah hijau di atas bumbung bangunan di New York, Chicago dan Denver di Amerika Syarikat (AS).

Sebuah rumah hijau di Paris juga dirancang akan diwujudkan pada tahun 2022.

Iklan

Seorang penduduk kelahiran Lubnan, Mohamed Hage dan isterinya, Lauren Rathmell, dari AS mewujudkan Ladang Lufa pada tahun 2008 dengan cita-cita untuk memperbaharui sistem makanan.

Rumah hijau yang terbaharu itu mempunyai sistem air yang menggunakan air hujan.

Ia sekali gus dapat menjimatkan sehingga 90 peratus penggunaan air berbanding ladang-ladang tradisional. - AFP