Wira digeruni komunis meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Mahmood

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jen (B) Datuk Seri Dr Mahmood Sulaiman meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Tuanku Mizan) pada jam 12.26 pagi tadi.

Mahmood, 92, disahkan meninggal dunia akibat sakit tua.

Iklan
Iklan

Jenazah disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid kira-kira jam 10 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di sini untuk dikebumikan.

Beliau digeruni petualang negara terutama pengganas komunis apabila berjaya menghapuskan sisa-sisa gerila Parti Komunis Malaya pada tahun 1970-an.

Iklan

Allahyarham antara individu yang bertungkus-lumus menyiasat, membuat risikan dan menahan pengganas komunis sekali gus menumpaskan kegiatan mereka di puncak pemberontakan komunis pada tahun 1968 hingga 1989.

Kegigihan dan komitmen beliau dalam angkatan tentera membolehkan Allahyarham dipilih oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Tanah Melayu, Gerald Templer untuk belajar di Sandhurst pada tahun 1950-an.

Iklan
Allahyarham ketika berkhidmat dalam ATM.