Jangan guna masjid, surau untuk kepentingan politik

Iklan

TANJUNG MALIM - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengingatkan parti politik supaya tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk sebarang aktiviti berbentuk politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim itu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, jawatankuasa masjid dan surau juga perlu peka terhadap perkara sama terutama dalam tempoh berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN yang sedang berlangsung itu.

Iklan
Iklan

"Pohon kerjasama pengerusi masjid dan surau di kawasan PRK DUN Slim agar tidak membenarkan sebarang aktiviti politik khususnya kempen pilihan raya.

"Parti politik juga diingatkan tidak menggunakan premis berkenaan bagi maksud tertentu.

Iklan

"Ini peringatan yang berulang kali disebut mengenai titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang melarang penggunaan masjid dan surau dalam hal yang melibatkan politik kepartian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pada Mei tahun lalu, Sultan Nazrin menitahkan agar masjid dan surau di negeri ini tidak disalahgunakan pihak tertentu untuk tujuan politik dengan mengadakan program serta menggantung sepanduk tertera logo politik.

Iklan