Brenton Tarrant digelar anak iblis

Iklan
Brenton Tarrant (tengah) hadir pada hari pertama kes pendengaran jatuh hukumnya di sebuah mahkamah di Christchurch pada Isnin lalu. - Foto AFP

CHRISTCHURCH - Seorang bapa kepada lelaki yang mati ditembak dalam serangan di sebuah masjid pada tahun lalu memberitahu penembak itu, Brenton Tarrant di sebuah mahkamah Christchurch bahawa dia ialah seorang lelaki yang jahat.

Tarrant, 29, yang merupakan pemuda berkulit putih dari Australia dijangka menjadi individu pertama di New Zealand yang dipenjarakan seumur hidup tanpa parol apabila hukumannya dijatuhkan esok.

Iklan
Iklan

Bapa berkenaan, Aden Diriye mempunyai seorang anak lelaki, Mucaad Ibrahim berusia tiga tahun yang paling muda terkorban dalam serangan itu, merupakan antara mangsa terselamat dan memberikan keterangan dalam mahkamah berhubung kejadian tersebut.

Diriye memberitahu Tarrant:"Keadilan sebenar menanti kamu di dunia selepas kematian dan ia akan menjadi lebih azab (berbanding di penjara). Saya tidak akan memaafkan kamu terhadap apa yang kamu telah lakukan."

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penembak bunuh 51 umat Islam tidak tunjuk sebarang emosi

Seorang wanita, Hasmine Mohamedhosen yang kehilangan saudara kandung lelakinya, Mohamed dalam kejadian itu menggelarkan lelaki itu sebagai anak iblis dan mahu dia 'mereput' di neraka.

Iklan

Ahad Nabi yang bapanya, Daoud Nabi terbunuh dalam serangan itu turut menggelarkan Tarrant sebagai pengecut yang sepatutnya tidak dibenarkan untuk keluar secara bebas.

"Ketika kamu berada di dalam penjara, kamu akan menyedari bahawa kamu berada di dalam penjara dan api yang menantikanmu," katanya dalam pendengaran selama empat hari yang bermula Isnin lalu.

Tarrant mengaku salah terhadap 51 pertuduhan pembunuhan, 40 dakwaan percubaan membunuh dan satu tuduhan keganasan berhubung serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019.

Dia tidak menunjukkan sebarang tanda emosi dalam pendengaran itu ketika anggota-anggota komuniti Islam berhadapan dengannya, sebahagian lagi berang kerana perbuatannya dan menuntut keadilan berhubung kejadian tersebut. - AFP