Tikam bapa 7 kali gara-gara telefon bimbit

Iklan
Remaja lelaki berusia 13 tahun itu tergamak melakukan perbuatan itu sebelum bertindak menghubungi polis.

MALLORCA - Menghormati orang tua terutama ibu bapa dengan memberikan layanan yang baik kepada mereka merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilakukan oleh anak-anak.

Bagaimanapun di Mallorca, Sepanyol lain pula ceritanya apabila seorang remaja lelaki sanggup menikam bapanya sebanyak tujuh kali hanya kerana sebuah telefon bimbit.

Iklan
Iklan

Menurut portal berita Olive Press pada 25 Ogos lalu yang memetik akhbar Diario de Mallorca, remaja lelaki itu hanya berusia 13 tahun tetapi dia menikam bapanya itu di rumah keluarganya di Palma.

Kejadian menyedihkan itu berlaku selepas telefon bimbitnya diambil oleh bapanya pada Ahad lalu.

Iklan

Remaja lelaki tersebut kemudian pergi ke dapur di rumahnya dan mengambil sebilah pisau dan menikam bapanya di bahagian bahu dan tangan.

Bapa remaja itu bertindak keluar dari rumah dan pergi ke jalan sebelum dia menghubungi polis selepas badannya dilumuri dengan darah akibat tikaman tersebut.

Iklan

Pihak polis yang bertindak dengan cepat selepas menerima panggilan itu menangkap remaja tersebut ketika bapanya menerima rawatan di sebuah hospital.

Para penyiasat yang melakukan siasatan tentang kejadian itu berkata, remaja itu mendengar suara yang memberitahunya supaya menyerang bapanya.

Berikutan keterangan daripadanya itu, dia menjalani pemeriksaan kesihatan psikaitri di Unit Keluarga dan Wanita Polis Nasional Sepanyol yang kemudian bertindak mengambil alih kes tersebut.