MU yakin mampu saingi cabaran musim 2019

Iklan
Warna putih yang mendominasi jersi utama pada musim kali ini.

MELAKA TENGAH - Melaka United (MU) yakin dengan kelebihan yang dimiliki skuad Sang Kancil itu untuk mencabar kejuaraan pada musim kali ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa), Adly Zahari berkata, kelebihan pemain berpengalaman yang dipilih pengendali MU, Zainal Abidin Hassan mampu bersaing rapat dan mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT) serta Pahang.

Iklan
Iklan

"MU dijangka dapat memperbaiki kedudukan lebih baik berbanding musim lalu yang mencatatkan tangga ketujuh Liga Super. Jika dibandingkan dari segi pengalaman, MU memiliki kelebihan tersendiri dan berupaya menjinakkan JDT dan Pahang.

"Saya yakin itu yang akan menjadi senjata kekuatan kepada MU berbanding pasukan lain (JDT dan Pahang) pada musim kali ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pengenalan Pemain dan Jersi MU di Melaka Mall, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, pemain Filipina, Patrick Alcala Reichelt sah mengisi kuota Asean sebagai pemain import kelima menggantikan Shahdan Sulaiman.

Selain beliau, MU turut menandatangani kontrak dengan Liridon Krasniqi, Jang-Suk Won, Darko Markovic dan Anselmo Casagrande.

Iklan

Pada majlis itu, MU membuat kelainan jersi utama mereka apabila putih mendominasi keseluruhan warna berbanding hijau seperti sebelum ini.