Malaysia #QuranHour ke-6 ruangan mantapkan akhlak ummah

Iklan

KUALA LUMPUR - Program Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bertujuan memantapkan lagi akhlak umat Islam sebagaimana tuntutan Islam sebagai agama yang sejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, pada masa yang sama juga program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya apa yang kita buat adalah menyampaikan kebenaran ataupun orang nak tengok nilai daripada al-Quran itu dalam karakter dan akhlak kita. Kita tidak mahu beri persepsi yang salah, bukan main warak suka baca al-Quran tetapi dari segi karakter tidak menunjukkan orang yang baca al-Quran.

"Kita kasar, bila orang provokasi sikit kita balas dengan dahsyat. Kita tak mahu macam itu. Jadi itu juga yang kita tengok dalam ciri kedua (iaitu) berbudi bahasa, meskipun orang provokasi, kita kena tenang,” katanya ketika menjadi tetamu Darah Muda yang disiarkan Bernama TV malam tadi.

Iklan

Program Malaysia #QuranHour ke-6 mulai 12 tengah hari hingga 1 tengah hari akan disiarkan secara langsung menerusi TV AIhijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis serta di Facebook Sinar Harian, QuranHour dan TV AIhijrah.

Sebagai tanda solidariti bersama, umat Islam boleh mengambil gambar sendiri atau bersama keluarga dan rakan dengan mengekalkan jarak fizikal dan memuat naik ke dalam media sosial menggunakan tanda pagar Malaysia #QuranHour. - Bernama

Iklan