KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin menegaskan dua projek yang diluluskan secara rundingan terus kepada kementeriannya semasa pentadbiran terdahulu dibuat di luar pengetahuan beliau.
Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataannya hari ini memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.