Lelaki tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 110 tahun

Iklan
Motoi Fukunishi menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di bandar Shimotsuma pada 22 Ogos. - Foto NHK

TOKYO - Motoi Fukunishi, lelaki tertua di Jepun, meninggal dunia pada usia 110 tahun, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Khamis.

Menurut penyiar NHK, Fukunishi menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di bandar Shimotsuma pada 22 Ogos.

Iklan
Iklan

Beliau dilahirkan di bandar itu pada 25 Mac 1910, kemudian bekerja sebagai guru sebelum menjadi pengarah prasekolah.

Berikutan kematian Fukunishi, Mikizo Ueda dari bandar Nara, juga berusia 110 tahun, memegang rekod lelaki tertua di Jepun.

Iklan
Iklan

Beliau dilahirkan pada 11 Mei 1910. - Bernama