Lima sahabat didakwa rogol, amang seksual gadis bawah umur

Iklan
Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun.

KUALA TERENGGANU - Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun, Ogos lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 22 tahun didakwa merogol mangsa pada jam 12.15 tengah malam dan tertuduh kedua yang berusia 21 tahun didakwa melakukan perbuatan sama jam 1.30 pagi.

Dua lagi tertuduh berusia 19 tahun masing-masing didakwa merogol mangsa sama iaitu antara jam 2 pagi dan jam 2.30 petang hingga 3 petang.

Iklan

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagi tertuduh berusia 20 tahun pula, dia didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas mangsa antara jam 3 pagi hingga 4 pagi iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik chalet di Kampung Pagar Besi, Kuala Nerus pada 14 Ogos lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak di hadapan Hakim Nooriah Osman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hayatuddin Muhamad.

Mahkamah seterusnya menetapkan 23 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen serta membenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang tertuduh.

Mahkamah juga menetapkan beberapa syarat iaitu tertuduh dilarang sama sekali mengganggu mangsa, saksi serta ahli keluarga mangsa selain mengarahkan kesemua mereka melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berhampiran sepanjang prosiding.