Barcelona perlu hormati permintaan Messi

Iklan
Lionel Messi

BEKAS tonggak Barcelona, Gary Lineker mendesak lembaga pengarah gergasi La Liga itu menghormati hasrat kapten kelab berkenaan Lionel Messi yang menyatakan hasrat meninggalkan skuad kendalian Ronald Koeman tersebut.

Menurut bekas pemain yang pernah beraksi bersama Barcelona dari 1986 hingga 1989 dengan 103 penampilan dan 42 gol itu, semua pihak khasnya lembaga pengarah kelab perlu menghormati seterusnya memberikan laluan kepada pemain Argentina itu meninggalkan gergasi Sepanyol tersebut tanpa pelbagai halangan.

Iklan
Iklan

"Seharusnya lembaga pengarah kelab tidak menghalang pemergian Messi kerana ternyata dia sudah menyuarakan hasratnya meninggalkan Barcelona.

"Tentunya semua pihak khasnya kelab tidak mahu Messi meninggalkan kelab yang pernah dia berbakti sebelum ini dengan perkara yang tidak diingini.

Iklan

"Messi ingin meninggalkan Barcelona dengan mengaktifkan klausa perlepasannya, maka saya harap kelab gergasi Sepanyol berusaha membantu bukan menghalangnya.

"Messi telahpun membuktikan kesetiaannya selama ini dengan memberikan yang terbaik kepada kelab yang telah membentuknya menjadi permain terbaik dunia, namun adalah malang sekiranya jika ia berakhir dengan persengketaan antara pemain dan kelab.”

Iklan