Projek rundingan terus bercanggah Manifesto PH

Iklan
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas, sebagai isu atau masalah.

Annuar berkata, apa yang menjadi masalah kerana kaedah rundingan terus bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"Masalahnya kerana kerajaan terdahulu yang tidak berkata benar kepada rakyat. Kata (PH) tiada lagi projek rundingan terus dan ditulis pula dalam manisfetonya, tetapi tiba-tiba ada projek (rundingan terus) yang bernilai berbilion-bilion," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program menyantuni guru dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Yamani, Kampung Baru menerusi Program Menyantuni Sekolah melalui inisiatif Wilayah Cakna dalam agenda Wilayah Prihatin di sini, hari ini.

Iklan

"Saya dah check (siasat), memang ada satu projek rundingan terus yang bernilai lebih RM900,000. Saya pun tak jadikan itu sebagai isu sebab saya tahu sebenarnya projek rundingan terus ini tak salah.

"Projek rundingan terus memang satu dari kaedah perolehan yang dibenarkan dan Menteri Kewangan mempunyai kuasa penuh untuk memilih cara yang mana," katanya.

Iklan

Sebelum ini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Sementara itu, Annuar berkata, soal keperluan sekolah ahfiz perlu ditekankan dalam perancangan dan pembangunan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan hal ehwal pendidikan dan pusat tahfiz akan terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020-2040 yang sedang dirangka.

"Saya akan cari jalan untuk kita memanfaatkan pusat tahfiz ini. Bagi saya, dakwah dan tuntutan agama segala-galanya bermula dengan pembelajaran al-Quran yang betul," katanya. - Bernama