Angkara GPS, lori masuk sungai

Iklan
Lori bawa muatan pasir terjunam ke dalam sungai gara-gara GPS. - Foto The Thaiger

BANGKOK - Sebuah lori membawa muatan pasir terjunam ke dalam sungai setelah menggunakan alat Navigator Global Positioning System (GPS) atau navigasi GPS di Khu Khwang, Pathum Thani, Thailand.

Pemandu bernama Wittiwat, 23, berkata, dia mengikut laluan itu seperti diarahkan oleh GPS hingga membawanya ke sebuah jambatan sempit sebelum terjunam ke dalam sungai, lapor The Thaiger.

Iklan
Iklan

Wittiwat menjelaskan kepada polis, pada awalnya dia tidak yakin untuk menyeberangi jambatan kayu kerana melihat keadaan jambatan itu yang cukup usang.

Katanya, ketika melalui jambatan itu secara tiba-tiba lorinya senget dan terjunam ke dalam sungai.

Iklan

Penduduk tempatan membantu mengeluarkan Wittiwat dan menarik lori menggunakan lori kren keluar dari sungai.

Wittiwat yang mengalami kecederaan ringan di lutut dihantar ke hospital.

Iklan

Seorang penduduk tempatan enggan dikenali menjelaskan, jambatan itu hanya boleh dilalui motosikal atau kenderaan ringan.

"Selepas kejadian itu, jambatan tersebut dibaiki," katanya.