PH kesal kerajaan tarik balik RRU had tempoh jawatan PM

Iklan
Gambar dari kiri: Chin Tong, Khalid Samad

SHAH ALAM - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) kesal terhadap tindakan kerajaan apabila menarik balik pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal dan menyifatkan Perikatan Nasional (PN) mensia-siakan peluang untuk melaksanakan reformasi.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam kenyataan mereka menjelaskan bahawa pindaan itu bagi memastikan seseorang tidak memegang jawatan perdana menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan individu terbabit boleh mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Pindaan tersebut diharap akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pimpinan politik baharu untuk berkhidmat sebagai perdana menteri dan menutup kemungkinan budaya pendewaan seseorang pemimpin.

"Pusingan U itu menunjukkan PN tiada falsafah perjuangan, wawasan, atau visi besar untuk negara dan hanya berminat memegang kuasa,” kata mereka sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita freemalaysiatoday.com di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan PN tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan untuk menetapkan had penggal jawatan perdana menteri selepas kerajaan pemerintah menarik balik rang undang-undang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Kerajaan tidak perlu beri alasan RUU ditarik balik

Beliau berkata, penarikan balik itu mengikut peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat dan pemerintah tidak perlu memberi alasan untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) itu.

Iklan

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah pula mendedahkan keputusan menarik balik RUU itu dibuat secara sebulat suara.

Langkah pembaharuan itu dirintis PH menerusi pembentangan RUU bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 3 Disember tahun lalu.