Covid-19: Tiga kes dikesan di Hospital Kem Terendak

Iklan
Tiga daripada lima kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka.

PUTRAJAYA - Tiga daripada lima kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kes itu dikesan pada pra pembedahan dan satu kes saringan bergejala.

Iklan
Iklan

"KKM sedang menyiasat jangkitan tersebut dan ia masih belum diisytihar sebagai kluster," katanya.

Menurutnya, dua kes lagi dikesan mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Filipina dan Mesir.

Iklan

"Kes import ini dilaporkan di Selangor," katanya.

Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 9,296 kes.

Iklan

"Jumlah kes aktif telah menurun kepada 177 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, seramai lapan pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Daripada jumlah itu, enam kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

"Jumlah kumulatif kes kematian kekal berkaitan 125 kes," katanya.

Sementara itu, 16 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.

"Sebanyak 8,994 kes telah pulih dilaporkan setakat ini iaitu bersamaan 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.