CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau tidak menerima sebarang permintaan untuk mengekstradisi Brenton Tarrant dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan oleh rakan sejawat di New Zealand, Jacinda Ardern.
Menurutnya, pengganas terbabit perlu menjalani hukuman di New Zealand kerana tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.
"Setakat ini tiada permintaan rasmi dibuat kepada kerajaan Australia untuk proses ekstradisi," katanya yang turut menyambut baik hukuman penjara seumur hidup tanpa parol ke atas pengganas Christchurch itu hari ini.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand, Winston Peters mencadangkan agar pengganas warga Australia situ dihantar pulang untuk menjalani hukuman di negara asal.
"Dia perlu dihantar pulang ke negara kelahirannya. Kita tidak mahu dia berasa selamat dalam sistem penjara New Zealand," katanya.
Ardern dalam satu kenyataan berkata, tiada asas untuk proses ekstradisi dan sekiranya perkara itu berlaku permintaan keluarga mangsa perlu diambil kira.
Menteri Keadilan, Andrew Littel pula berkata, satu rang undang-undang baharu perlu digubal bagi membolehkan Tarrant dihantar pulang ke Australia. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Penembak bunuh 51 umat Islam tidak tunjuk sebarang emosi
Nasib Brenton Tarrant akan ditentukan hari ini
Penyerang Christchurch dihukum penjara seumur hidup
Brenton Tarrant digelar anak iblis