JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah berkata, pusat khidmat rakyat tersebut harus menjadi pusat aktiviti penduduk setempat dan perlu dihidupkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah dan santai.
Iklan
Iklan
"Ini supaya kehadiran kita sebagai kerajaan baharu PH dirasai oleh penduduk setempat. Pokok pangkalnya, kita kena lebih kreatif untuk menghidupkan pusat khidmat kita.
"Doa saya, mudah-mudahan pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru ini dapat memainkan peranan yang sebaik dan terbaik mungkin. Insya-ALLAH,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru itu akan terus memberi penekanan kepada program-program kemasyarakatan dan mendekati kumpulan sasaran seperti anak muda, wanita dan mereka yang memerlukan.
"Kami berusaha sebaik mungkin untuk melancar dan memudah cara urusan masyarakat sekali gus meringankan beban penduduk,” katanya.
Terdahulu, Dr Wan Azizah tiba di pusat berkenaan kira-kira jam 5 petang dan disambut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bersama kepimpinan PKR Johor.