Calon Pejuang menyanyi di ceramah

Iklan
Amir Khusyairi menggamatkan suasana hari-hari terakhir kempen dengan tampil menyanyi pada program Ceramah Perdana yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) malam ini.

TANJUNG MALIM - Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi menggamatkan suasana hari-hari terakhir kempen dengan tampil menyanyi pada program Ceramah Perdana yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) malam ini.

Beliau yang dijemput untuk memberikan ucapan muncul dari luar pentas sambil menyanyi lagu berjudul Warisan yang dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Iklan
Iklan

Nyanyian lagu yang popular dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia itu mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Seorang penyokong Calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mengibarkan bendera calon tersebut ketika tinjauan pada program ceramah perdana sempena PRK DUN Slim hari ini. - Foto Bernama

Secara berseloroh, seorang daripada mereka bangun mengatakan alunan suara calon yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu lebih sedap berbanding Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini pernah merakamkan lagu raya.

Iklan

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, selagi masih hidup, Pejuang akan menjadi wadah perjuangannya dalam memastikan keamanan politik negara.

"Selagi hidup, inilah perjuangan saya untuk bangsa, negara dan agama," katanya sambil disambut laungan 'hidup Tun' oleh hadirin yang hadir.

Iklan
Dr Mahathir (dua dari kiri) dan Mukhriz (dua dari kanan) hadir pada program ceramah perdana untuk menyokong Calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sempena PRK DUN Slim hari ini. - Foto Bernama

Beliau turut terharu dengan kehadiran ramai pada siri ceramah malam ini.

"Saya tak sangka ramai datang ceramah malam ini, bukan sahaja datang, tetapi bawa bendera putih dan lambang pokok, sambutannya begitu baik sekali...terima kasih," katanya.

Turut hadir dalam ceramah itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.