Perlis kekal arahan jemaah bawa sejadah sendiri ke masjid
Iklan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan jemaah terus kekal membawa sejadah sendiri ketika menunaikan ibadah di masjid.
ARAU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan agar jemaah terus kekal membawa sejadah sendiri ketika menunaikan ibadah di masjid.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan tersebut diambil setelah menilai keperluan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan bagi mengelakkan kemungkinan penularan semula wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Saiz sejadah hendaklah melitupi keseluruhan ruang solat setiap jemaah, dari tempat berdiri sehingga ke tempat sujud,” titah baginda menerusi satu kenyataan hari ini.
Baginda, yang juga Yang Dipertua MAIPS, bertitah penggunaan sejadah sendiri wajar dijadikan sebagai satu budaya baharu bagi mengekalkan kawalan kendiri yang tinggi tidak mengira tempat sama ada di tempat kerja, sekolah atau ketika bermusafir.
Iklan
Selasa lalu, kerajaan bersetuju untuk tidak lagi mewajibkan individu yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid membawa sejadah sendiri tetapi pelaksanaannya tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri.
Namun begitu, penggunaan sejadah sendiri adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.
Iklan
Setakat semalam, terdapat sebanyak 9,291 jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini dan Perlis merekodkan 32 kes dengan pertambahan satu kes baharu, Selasa lalu. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam