Pesara rugi RM90,000 ditipu dalam pelaburan hotel

Iklan
Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Keuntungan lumayan yang dijanjikan mendorong seorang pesara melabur RM100,000 untuk menyertai pelaburan hotel di Makkah selepas ditawarkan peluang itu oleh seorang lelaki yang didakwa pengarah sebuah syarikat pelancongan, dua tahun lalu.

Mangsa berusia 63 tahun mendakwa dijanjikan pulangan sehingga 20 peratus setiap bulan untuk tempoh tiga tahun daripada jumlah pelaburannya itu.

Iklan
Iklan

Malangnya, mangsa gagal menerima pulangan dijanjikan sebaliknya hanya menerima RM10,000 melalui lima kali bayaran sehingga kini.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang mendakwa kerugian RM90,000 akibat pelaburan itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam.

Iklan

Menurutnya, mangsa berurusan dengan pengarah syarikat itu pada 26 November 2018 bagi urusan pelaburan tersebut.

"Suspek mendakwa syarikatnya menjalankan perniagaan hotel di Makkah dan mengajak mangsa melabur dalam hotel tersebut dengan peluang keuntungan sehingga RM20,000 sebulan untuk tempoh tiga tahun.

Iklan

"Tertarik dengan tawaran itu, mangsa membuat bayaran wang pelaburannya tiga hari kemudian melalui akaun bank atas nama syarikat berkenaan,”katanya.

Mohd Wazir berkata, namun selepas gagal memperoleh bayaran keuntungan seperti dijanjikan, mangsa syak telah ditipu.

"Susulan laporan polis dibuat mangsa itu, kita buka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan tawaran pelaburan hotel tidak wujud sehingga mangsa mengalami kerugian,” katanya.