Australia sedia terima Brenton Tarrant

Iklan
Australia bersedia menerima Tarrant selepas pembunuh kejam terbabit dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah New Zealand - Foto AFP

SYDNEY - Canberra kini terbuka mengenai idea untuk penghantaran pulang lelaki bersenjata kelahiran Australia, Brenton Tarrant yang merupakan dalang serangan dua buah masjid di Christchurch untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup, kata Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini.

Iklan
Iklan

Lelaki berkulit putih yang berumur 29 tahun itu dihukum penjara seumur hidup tanpa parol pada Khamis lepas kerana melakukan serangan tersebut yang menyebabkan 51 orang terbunuh.

Sejurus selepas hukuman itu dijatuhkan, Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters berkata, Tarrant sepatutnya diserahkan kepada penjara Australia.

Iklan

Bagaimanapun, Morrison berkata, dia belum menerima sebarang permintaan untuk memindahkan Tarrant tetapi bersedia untuk berbincang dengan rakan sejawatannya dari New Zealand, Jacinda Ardern.

"Sama ada dia (Tarrant) ditahan di Australia atau New Zealand, kita kini terbuka untuk perbincangan," katanya kepada stesen televisyen Seven News.

Iklan

Tarrant dipercayai akan diasingkan demi keselamatannya di satu-satunya penjara yang mempunyai kawalan maksimum di Auckland.

Sebanyak 80 peratus banduan di penjara itu ialah penduduk etnik Maori atau kepulauan Pasifik. - AFP