PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal berakhir pada 31 Ogos ini sama ada dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui malam ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perkara itu menerusi perutusan khas yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani jam 8 malam ini.