Bumbung kilang roti runtuh: Dua warga Myanmar terperangkap

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang masih berada dalam runtuhan terbabit.

KUALA SELANGOR - Dua warga Myanmar masih terperangkap dalam kejadian runtuhan bumbung di sebuah kilang roti di Batu 22 Ijok di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bersama sebuah jentera kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Seorang mangsa terperangkap berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan parah.

Iklan

"Bagaimanapun dua lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi mengesan dua lagi mangsa yang berada di bawah runtuhan berkenaan.

Iklan