[VIDEO] Motor baru beli lesap, aksi pencuri berjaya dirakam

Iklan
Motosikal Mohammad Bakhtiar hilang di jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya semalam. (Kanan:Lelaki dipercayai melarikan motosikal milik Mohammad Bakhtiar di jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya semalam.)

PUTRAJAYA - Seorang pelayar Twitter memohon kepada orang ramai untuk membantunya mengesan sebuah motosikal jenama KTM Duke 200 milik rakannya dipercayai dilarikan penjenayah di Jalan Diplomatik, Presint 15 di sini semalam.

Dalam kejadian 3.28 petang itu, mangsa, Mohammad Bakhtiar Khasnul Hadi, 24, yang bekerja di sebuah kedai basikal menyedari kehilangan motosikal berkenaan selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 5.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurut Alya Hanani Sani, 21, berkata, rakannya terkedu melihat motosikal yang baharu dibeli tahun lepas lesap meskipun sudah dikunci dengan rapi.

"Dia (Mohammad Bakhtiar) memberitahu selalu parkir di tempat yang sama kerana bekerja di sebuah kedai basikal. Jadi tidak khuatir perkara buruk akan berlaku.

Iklan

"Tetapi bila mendapati motosikal yang diletakkan di hadapan kedai basikal hilang, dia syaki mungkin dicuri," katanya kepada Sinar Harian.

Alya berkata, panik dengan insiden itu, dia membuat laporan di Balai Polis Presint 7 Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Rakan juga melihat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sebuah hotel berdekatan, ternyata kelibat seorang lelaki memakai baju t-shirt berwarna putih, berhelmet telah mencuri motosikal tersebut.

"Kurang dari seminit sahaja motosikal itu lesap dan sehingga kini kami berusaha mencari motosikal tersebut.

"Malah meminta bantuan warganet untuk membantu kami mengesan motosikal terbabit kerana ia satu-satunya pengangkutan untuk mencari rezeki," katanya.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai motosikal itu boleh menghubunginya di talian 019-7868948 (Mohammad Bakhtiar).