'Flash mob' gamatkan Slim River

Iklan
UMNO Siswa bersama Puteri UMNO mengadakan 'flash mob' sebagai sebahagian daripada kempen terakhir sempena PRK DUN Slim yang akan berakhir malam ini.

TANJUNG MALIM - Flash mob yang dilakukan UMNO Siswa bersama Puteri UMNO menggamatkan kawasan persimpangan masuk ke Plaza Tol Slim River di sini dengan nyanyian dan ketukan dram.

Usaha tersebut dilakukan menjelang beberapa jam berakhirnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim tengah malam ini.

Iklan
Iklan

Flash mob itu turut disertai Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang membantu kempen calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

UMNO Siswa bersama Puteri UMNO mengadakan 'flash mob' sebagai sebahagian daripada kempen terakhir sempena PRK DUN Slim yang akan berakhir malam ini.

Keadaan di persimpangan tersebut menjadi sedikit sesak apabila pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan untuk melihat 'flash mob' tersebut selain ada dalam kalangan mereka yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Iklan

Bagaimanapun, selepas lebih satu jam 'flash mob' tersebut diadakan, pihak polis tiba meminta mereka bersurai bagi melancarkan laluan di kawasan tersebut.

Antara yang dilihat berada bersama-sama dalam 'flash mob' tersebut, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Iklan