Jari kanak-kanak tersangkut lubang kerusi

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi untuk mengeluarkan jari hantu kanak-kanak perempuan yang tersangkut pada lubang kerusi di Seri Iskandar hari ini. - Foto Bomba

PARIT - Gara-gara bermain kerusi, jari hantu seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tersangkut pada lubang kerusi di Taman Maju, Seri Iskandar di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak tersebut terpaksa menahan sakit hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Roslan Ahmad berkata, sepasukan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.12 petang.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua jari hantu kanak-kanak itu tersangkut di lubang kerusi dan tidak dapat dikeluarkan akibat bengkak.

Iklan

"Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit dengan memotong bahagian lubang berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Roslan berkata, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 5.40 petang.

Iklan