Op Methanol gempur sindiket proses, seludup arak

Iklan
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan penyeludupan minuman keras menerusi Ops Methanol di sekitar Klang, Rabu lalu.

KLANG - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan penyeludupan minuman keras menerusi Op Methanol di sekitar daerah ini, Rabu lalu, dengan nilai rampasan lebih RM500,000.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Pasukan Gerakan Khas JKDNKA Bukit Aman menyerbu sebuah premis di Klang dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 44 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis telah merampas 435 kotak mengandungi 10,440 tin minuman keras, sebuah kereta Proton Persona dan van.

"Soal siasat kemudian membawa serbuan di Taman Klang Utara, dengan rampasan 409 kotak (14,090 botol) minuman keras, dua mesin pengedap penutup botol, cecair alkohol dan beberapa peralatan untuk memproses minuman keras tiruan.

Iklan

"Turut ditemui adalah pelekat setem cukai kastam disyaki palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan penyeludupan minuman keras menerusi Ops Methanol di sekitar Klang, Rabu lalu.

Azri berkata, dalam serbuan ketiga di Kampung Sungai Pinang, Klang, dua lelaki warga Bangladesh berusia 32 dan 42 tahun berjaya diberkas selain rampasan 141 kotak (3,384 tin) minuman keras pelbagai jenama dan 66 kotak (2,031 botol) minuman keras pelbagai jenama serta sebuah van Toyota Hiace.

Iklan

Katanya, kesemua suspek yang ditahan masing-masing telah direman tujuh dan empat hari untuk tindakan lanjut.

Tambah Azri, keseluruhan rampasan bagi ketiga-tiga serbuan ini dianggar bernilai RM539,549 termasuk minuman keras bernilai RM491,649.

"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan penyeludupan minuman keras menerusi Ops Methanol di sekitar Klang, Rabu lalu.