Israel tembak seorang lagi rakyat Palestin

Iklan
Rakyat Palestin mengangkat seorang rakan mereka yang cedera semasa menyertai protes di sempada Gaza, semalam.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tentera Israel menembak mati seorang lagi lelaki Palestin di Baitulmaqdis Timur, sekali gus menjadikan ia sebagai kematian ketiga di wilayah yang diduduki sejak semalam.

Agensi berita Wafa melaporkan, mangsa dikenal pasti sebagai Riyad Mohammad Shamasneh dari perkampungan Qatanna.

Iklan
Iklan

Ia menambah, Shamasneh ditembak ketika sedang memandu kereta di Baitulmaqdis.

Rakan Shamasneh turut cedera dalam kejadian itu.

Iklan

Sementara itu, jurucakap tentera Israel berkata, mangsa dalam keadaan mencurigakan dan memandu tanpa permit.

Tentera Israel terpaksa melepaskan tembakan selepas lelaki tersebut enggan memberhentikan kenderaannya ketika diminta berbuat demikian.

Iklan

Terdahulu, tentera Israel menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan protes di sepanjang pagar sempadan.

Tindakan Zionis itu telah meragut nyawa seorang pemuda Palestin berusia 25 tahun, Ehab Abed.

Abed terkena tembakan dilepaskan tentera Israel di bahagian dada.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 22 orang termasuk 14 kanak-kanak cedera dalam serangan tersebut. - Agensi