Selangor tidak berpeluk tubuh tangani Covid-19

Iklan
Penghasilan sistem SELangkah oleh Selangor Task Force Covid-19 antara langkah proaktif diambil kerajaan negeri untuk menangani landaan wabak koronavirus. - Foto ihsan FB Amirudin Shari

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kerajaan negeri tidak hanya berpeluk tubuh dalam menangani wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya mengakui Selangor merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes Covid-19 tertinggi di negara ini.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Selangor tidak hanya berpeluk tubuh namun cepat bertindak dan bersikap proaktif dalam menangani wabak tersebut dengan memulakan beberapa inisiatif.

"Antara yang direalisasikan adalah penghasilan sistem SELangkah oleh Selangor Task Force Covid-19 (STFC),” katanya menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Iklan

Beliau berkata, SELangkah merupakan sistem ‘contact tracing’ pertama di Malaysia yang praktikal walaupun tanpa telefon pintar.

Katanya, sistem tersebut menghimpunkan data keluar masuk individu di sesebuah premis untuk tujuan menjejak pesakit Covid-19 sekiranya jangkitan berlaku.

Iklan

"Kerajaan Selangor sentiasa menitikberatkan kesejahteraan warganya. Inisiatif sebegini memberi ketenangan jiwa dan minda ketika kita masih diancam Covid-19. Inilah sumbangan kami kepada #MerdekaKita,” katanya.

Sementara itu, Selangor mencatat tiga kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,164 kes.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebooknya memaklumkan, seramai 2,114 pesakit telah sembuh manakala 24 kes kematian direkodkan di Selangor akibat dijangkiti virus tersebut sehingga kini.

Menurut kenyataan itu lagi, daerah Gombak yang sebelum ini berada di zon kuning kini bertukar kepada zon hijau.

Bagaimanapun, Hulu Langat yang sebelum ini direkod sebagai zon hijau bertukar menjadi zon kuning berikutan terdapat satu kes aktif dilaporkan di mukim Semenyih.

"Selama 25 hari berturut-turut bilangan kes aktif di bawah angka lima. Ingat! Hujung minggu memang panjang, mesti pelbagai majlis dirancang. Tetapi wajib patuhi normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

"Normal baharu yang perlu dijaga termasuk penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka, basuh tagan secara kerap dan guna aplikasi SELangkah untuk mendaftar pengunjung premis,” menurut kenyataan itu.