'Mat saleh' dikhuatiri hilang di Pulau Tioman

Iklan

KUANTAN - Seorang lelaki warganegara Finland dikhuatiri hilang di Pulau Tioman, Rompin dekat sini, sejak Selasa lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata kehilangan Nikitin Aleksis Elis Valtteri, 20, dilaporkan oleh seorang penduduk tempatan pada 1.55 tengah hari, hari ini.

Iklan
Iklan

Katanya mangsa yang datang bercuti bersendirian dipercayai tumpang bermalam di rumah pengadu selepas berkenalan pada petang Isnin lalu.

"Mangsa dikatakan bertanya kepada pengadu arah untuk ke air terjun di Kampung Asah, Mukut, yang terletak di Pulau Tioman, pada sebelah malam.

Iklan

"Pada petang Selasa, pengadu yang pulang daripada kerja mendapati mangsa tiada di rumah, namun dokumen dan barang peribadinya masih ada di rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, pengadu yang bekerja sebagai pelayan di sebuah resort di Pulau Tioman membuat laporan polis di balai polis Tioman.

Iklan

Sehubungan itu, Mohd Sani berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 3.45 petang ini, melibatkan 17 anggota dan pegawai bomba serta empat pegawai polis.

"SAR bermula di lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu Kampung Paya sehingga Kampung Tekek yang dianggarkan seluas empat kilometer persegi," katanya. - Bernama