Pengundi PRK DUN Slim diingat pakai pelitup muka

Iklan
Ismail Sabri meninjau proses pengundian pada PRK DUN Slim di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. -Foto Bernama

TANJUNG MALIM - Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diingatkan supaya memberi perhatian serius terhadap pemakaian pelitup muka ekoran keadaan yang mungkin sesak di pusat mengundi, yang menyukarkan untuk melakukan penjarakkan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian pelitup muka amat penting dalam keadaan bersesak di tempat awam bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Saya percaya (mungkin) sukar untuk mengamalkan penjarakkan fizikal dalam keadaan begini tetapi saya harap semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tetap berharap setiap pengundi dapat memastikan penjarakkan fizikal mengikut SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Iklan

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 29 peratus daripada 22,749 pengundi telah menunaikan hak mereka setakat jam 11 pagi tadi.

Pengundian PRK DUN Slim hari ini melibatkan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Parti Pejuang Tanah air (Pejuang) yang masih dalam proses pendaftaran serta bekas guru S Santharasekaran. - Bernama

Iklan