PRK Slim: 60 peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang

Iklan
Masyarakat orang asli dari Kampung Sungai Jentong yang hadir ke Pusat Mengundi SJKT Trolak, pagi tadi.

TANJUNG MALIM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 60 peratus daripada 22,749 pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Slim telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 3 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini mencapai 85 peratus.

Iklan
Iklan

Proses pengundian di semua 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.

Daftar pemilih bagi DUN Slim ini turut merangkumi 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai pengundi berada di pusat mengundi pada waktu pagi dan mula berkurangan pada waktu tengah hari dan petang.

Bagaimanapun, aliran trafik di jalan-jalan utama masih lagi sesak setakat jam 3 petang tadi.

Iklan

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, menggunakan lambang pokok dan mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta bekas guru S Santharasekaran, 44, lambang buku.

Ketiga-tiga calon yang bertanding itu bagaimanapun tidak mengundi di DUN berkenaan.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Aliran trafik di jalan-jalan utama masih lagi sesak setakat jam 3 petang tadi.