BN mendahului dengan majoriti besar

Iklan
PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharasekaran. -Foto Bernama

TANJUNG MALIM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat jam 7.30 malam ini, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan memperoleh majoriti 9,491 undi.

Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Zaidi memperoleh 11,352 undi, manakala calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, beroleh 1,861 undi dan seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44, memperoleh 242 undi.

Iklan
Iklan

DUN Slim mempunyai 23,094 pemilih berdaftar terdiri daripada 22,749 pengundi biasa, 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Iklan
Iklan