TANJUNG MALIM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berlapang dada menerima kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam.
Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya berasa puas hati dengan gerak kerja jentera yang berusaha berhadapan dengan pihak lawan yang disifatnya saingan sengit.