JUARA Piala FA, Arsenal melaungkan amaran kelab London itu sudah bersedia mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menjulang Perisai Komuniti setelah menewaskan penyandang juara liga, Liverpool 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua kelab terikat 1-1 pada aksi sepenuh masa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu terlebih dulu di depan hasil rembatan cantik Pierre-Emerick Aubameyang, menewaskan penjaga gol The Reds, Alisson pada minit ke-12 untuk mendahului babak pertama 1-0.