Mohd Zaidi ikrar selesai isu rakyat

Iklan
Mohd Zaidi memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu dengan menyantuni penduduk di DUN Slim.

TANJUNG MALIM - Mohd Zaidi Aziz yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam mahu memastikan semua isu dibangkitkan rakyat dalam tempoh kempen yang lalu dapat diselesaikan.

Beliau berkata, sepanjang 14 hari kempen, terdapat banyak isu dibangkitkan rakyat termasuklah masalah banjir dan kemudahan infrastruktur termasuk sebahagiannya boleh diambil tindakan dengan segera.

Iklan
Iklan

"Saya akan teliti balik catatan yang saya buat sepanjang kempen lalu, ada beberapa perkara boleh diselesaikan segera dan yang perlu perancangan, kita akan bawa ke peringkat atasan.

"Kita akan lihat semua perkara-perkara itu dan beri tumpuan kepada keutamaan untuk diselesaikan kerana ada sesetengah isu seperti banjir sudah pun diambil tindakan oleh majlis daerah dan jabatan terlibat," katanya selepas mengadakan kunjungan ke Pasar Awam Slim River di sini hari ini.

Iklan
Kunjungan Mohd Zaidi ke Pasar Awam Slim River disambut mesra peniaga dan pengunjung di situ.

Kunjungan itu lawatan pertama beliau ke tempat umum selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang baharu.

Mohd Zaidi berhasrat untuk menyantuni masyarakat dengan mengadakan kunjungan ke sekitar pekan dan kawasan kampung sebagai tanda terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Iklan

"Pagi ini saya solat subuh di Masjid Slim Village dan bersarapan dengan jemaah di kedai di sana, kemudian saya ke pasar awam bertemu peniaga sambil membeli sedikit keperluan rumah.

"Insya-ALLAH pada tengah hari saya akan ke Besout 2 untuk jemputan majlis perkahwinan di sana dan selepas itu saya nak ronda ke kedai-kedai untuk ucap terima kasih sebagai tanda penghargaan turun mengundi semalam," katanya.

Keputusan PRK DUN Slim semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 10,945 undi.

Mohd Zaidi ketika mengadakan kunjungan ke Pasar Awam Slim River.

Mohd Zaidi, 43, memperoleh 13,060 undi dalam pertandingan tiga penjuru bersama dua calon Bebas.

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang menggunakan lambang pokok dan mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 2,115 undi. manakala bekas guru, S Santharasekaran, 44, dengan lambang buku memperoleh 276 undi.